Jumaat, 3 September 2010

Program CyberSAFE yang dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia

Pada 3 september hingga 5 september 2010, Cyber Security Malaysia telah membuat satu program iaitu Program CyberSAFE di Sekolah Kebangsaan Kota Marudu 2. Program ini melibatkam pelajar SMK Kota Marudu 2, SMK Lankon dan SMK Kota Marudu. Program CyberSAFE ini dijalankan sempena lawatan Raja Muda Perlis di SMK Kota Marudu 2 pada 5 September 2010 bersamaan dengan hari ahad.
Dalam program CyberSAFE ini pelajar telah didedahkan dengan kemajuan teknologi internet. Selain itu, program ini juga memberi kesedaran keselamatan siber kepada pelajar. Program CyberSAFE ini menekankan kepada pelajar agar berhati-hati kepada jenyah siber yang semakin menular di negara kita. Di samping itu, pelajar dan guru-guru juga diberi kesedaran tentang Cyber999. Dalam program ini beberapa pertandingan telah diadakan seperti pertandingan membuat blog, membuat karangan tentang CyberSAFE, Membuat 'slide show' tentang "Cara Menyampaikan Maklumat CyberSAFE Dikalngan Pelajar, dan membuat poster dengan tajuk CyberSAFE. Pertandingan ini mendapat sambutan yang meriah kerana menawar hadiah lumayan kepada pemenang.
Dalam program ini, pelajar dapat belajar banyak perkara tentang internet yang bukan sahaja memberi kebaikan kepada pengguna namunjuga memberi banyak keburukan kepada pengguna.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan