Jumaat, 3 September 2010

Pasukan koir Kemerdekaan 2010



Pada 30 Ogos 2010, sambutan kemerdekaan telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu 2. Pasukan koir sekolah telah mengambil bahagian untuk membuat persembahan pada majlis itu. Dapat dilihat ahli koir cukup bersemangat menyanyikan lagu persembahan mereka. Dapat dilihat juga ahli koir SMK Kota Marudu 2 mempunyai semangat kemerdekaan yang tinggi. Sambutan sebegini amatlah sesuai diadakan dan diamalkan di setiap sekolah di Malaysia kerana majlis sebegini secara tidak langsung dapat menimbulkan semangat patriolitik di kalangan pelajar.
Selamat Maju Jaya SMK Kota Marudu 2.

1 ulasan: