Sekolah Menengah Kebangsaan Kota marudu 2 dibuka pada 2 Januari 2006. pada waktu itu SMK Kota Marudu 2 dipimpin oleh Allahyarham Mohd Yusuf Ismail. Beliau banyak berjasa dalam pentadbiran sekolah. Pada bulan Mac, Puan Siti Mariam Haji Mohmed telah mengambil alih pentadbiran sekolah sebagai pengetua pertama Sekolah Kebangsaan Kota Marudu 2. Pada september 2008 Haji Marmoh Bin Kasman telah mengambil ahli pentadbiran sekolah mengantikan Puan Siti Mariam Haji Mohmed.
Khamis, 16 Jun 2016
Jumaat, 3 September 2010
Program CyberSAFE yang dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia
Pada 3 september hingga 5 september 2010, Cyber Security Malaysia telah membuat satu program iaitu Program CyberSAFE di Sekolah Kebangsaan Kota Marudu 2. Program ini melibatkam pelajar SMK Kota Marudu 2, SMK Lankon dan SMK Kota Marudu. Program CyberSAFE ini dijalankan sempena lawatan Raja Muda Perlis di SMK Kota Marudu 2 pada 5 September 2010 bersamaan dengan hari ahad.
Dalam program CyberSAFE ini pelajar telah didedahkan dengan kemajuan teknologi internet. Selain itu, program ini juga memberi kesedaran keselamatan siber kepada pelajar. Program CyberSAFE ini menekankan kepada pelajar agar berhati-hati kepada jenyah siber yang semakin menular di negara kita. Di samping itu, pelajar dan guru-guru juga diberi kesedaran tentang Cyber999. Dalam program ini beberapa pertandingan telah diadakan seperti pertandingan membuat blog, membuat karangan tentang CyberSAFE, Membuat 'slide show' tentang "Cara Menyampaikan Maklumat CyberSAFE Dikalngan Pelajar, dan membuat poster dengan tajuk CyberSAFE. Pertandingan ini mendapat sambutan yang meriah kerana menawar hadiah lumayan kepada pemenang.
Dalam program ini, pelajar dapat belajar banyak perkara tentang internet yang bukan sahaja memberi kebaikan kepada pengguna namunjuga memberi banyak keburukan kepada pengguna.
Lagu Ilmuan Gemilang
SMK Kota Marudu 2
Lahirmu penuh harapan
Warisan generasi wawasan
Jadi kebanggaan kami semua
Bersama maju kehadapan
Menimba ilmu dan pengetahuan
Yakin menyahut cabaran
Menara gading jadi impian
SMK Kota Marudu 2
Namamu tetap teruja
Kami menjunjung aspirasi sekolah
Melahirkan ilmuan gemilang
SMK Kota Marudu 2
Gedung ilmu yang terkemuka
Membentuk jati diri manusia
Berilmu, berakhlak mulia
Lahirmu penuh harapan
Warisan generasi wawasan
Jadi kebanggaan kami semua
Bersama maju kehadapan
Menimba ilmu dan pengetahuan
Yakin menyahut cabaran
Menara gading jadi impian
SMK Kota Marudu 2
Namamu tetap teruja
Kami menjunjung aspirasi sekolah
Melahirkan ilmuan gemilang
SMK Kota Marudu 2
Gedung ilmu yang terkemuka
Membentuk jati diri manusia
Berilmu, berakhlak mulia
Pasukan koir Kemerdekaan 2010
Pada 30 Ogos 2010, sambutan kemerdekaan telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu 2. Pasukan koir sekolah telah mengambil bahagian untuk membuat persembahan pada majlis itu. Dapat dilihat ahli koir cukup bersemangat menyanyikan lagu persembahan mereka. Dapat dilihat juga ahli koir SMK Kota Marudu 2 mempunyai semangat kemerdekaan yang tinggi. Sambutan sebegini amatlah sesuai diadakan dan diamalkan di setiap sekolah di Malaysia kerana majlis sebegini secara tidak langsung dapat menimbulkan semangat patriolitik di kalangan pelajar.
Selamat Maju Jaya SMK Kota Marudu 2.
VISI DAN MISI SEKOLAH
VISI SEKOLAH
SMK Kota Marudu II Sekolah Gemilang pada 2012.
MISI SEKOLAH Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan melalui pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum yang berkualiti dan penzahiran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif secara berpasukan untuk melahirkan generasi terbilang. |
Khamis, 2 September 2010
Langgan:
Catatan (Atom)